comscore
Tumpuan :
Nasional

Belanjawan 2024 : Lima inisiatif bagi rakyat pedalaman

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan RM26 juta bagi menggiatkan pelaksanaan inisiatif penyediaan perkhidmatan terus kepada rakyat di pedalaman melalui lima kemudahan menerusi Belanjawan 2024 yang dibentang Perdana Menteri  Datuk Seri Anwar Ibrahim, di Dewan Rakyat hari ini.

Lima inisiatif itu ialah Program Menyemai Kasih Rakyat (MEKAR) yang menawarkan perkhidmatan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan klinik bergerak oleh hospital pengajar universiti bagi memberi rawatan asas termasuk saringan awal kanser payudara.

Inisiatif  turut membabitkan klinik pergigian bergerak dengan meluaskan perkhidmatan ke kawasan baharu di Penampang dan Keningau, Sabah; bank bergerak dengan kerjasama bank tempatan bagi membawa perkhidmatan perbankan ke kawasan pedalaman dan mahkamah bergerak khususnya membabitkan kes sivil.

”Rakyat di pedalaman punyai hak yang sama kepada perkhidmatan Kerajaan. Tahun depan, kerajaan akan mempergiat pelaksanaan inisiatif penyediaan perkhidmatan terus kepada rakyat dengan peruntukan RM26 juta,” katanya.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini