comscore
Tumpuan :
Nasional

Belanjawan 2024: Geran RM100 juta bagi pendigitalan PKS, mikro

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Sejumlah RM100 juta disediakan bagi menyediakan geran pendigitalan sehingga RM5,000 untuk manfaat lebih 20,000 usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan pengusaha mikro.

Geran itu boleh digunakan untuk menaik taraf sistem jualan, inventori dan perakaunan digital.

Sejumlah RM900 juta dana pinjaman di bawah Bank Negara Malaysia (BNM) disediakan untuk menggalakkan syarikat PKS meningkatkan produktiviti perniagaan melalui automasi dan pendigitalan.

Sebanyak RM40 juta disediakan bagi melaksanakan Program Shop Malaysia Online untuk menggalakkan peniaga kecil, khususnya dalam bidang makanan untuk berniaga dari rumah.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini