comscore
Tumpuan :
Sukan

Hangzhou 2022: Sivasangari hadiahkan emas keempat Malaysia

HANGZHOU: Selepas menghadiahkan pingat emas dalam acara berpasukan wanita, S. Sivasangari terus memberikan keceriaan buat kontinjen negara apabila menghadirkan pingat emas keempat menerusi acara skuasy wanita individu.

Bagaimanapun, cabaran sengit terpaksa ditempuhi Sivasangari berdepan wakil Hong Kong, Chan Sin Yuk pada aksi penentuan pingat emas menerusi pertarungan lima set.

Set pertama, aksi kemas disajikan pihak lawan dengan Sivasangari terpaksa akur dengan kekalahan 8-11.

Namun dia bangkit pada set berikutnya walaupun ditekan hebat Sin Yuk sebelum mengikat kedudukan satu sama selepas menang dengan keputusan 15-13.

Aksi berbalas mata terus berlanagsung memasuki set ketiga, kali ini kelebihan kembali memihak lawan yang menang 12-10.

Tidak mahu mengalah, Sivasangari terus mempamer semangat juang tinggi untuk mengheret permainan ke set penentuan selepas menang dengan keputusan 11-9.

Ketinggalan 4-8 pada satu ketika, mata demi mata berjaya dikutip Sivasangari sebelum permainan terikat dengan kedudukan 10-10.

Kelebihan mula memihak Sivasangari yang meraih mata ke 11 sebelum kesilapan Sin Yuk akhirnya memberikan kemenangan 12-10 kepada ratu skuasy negara.

Sekaligus memastikan pingat emas keempat kontinjen Malaysia, kedua dari sukan skuasy selain satu perak diraih menerusi gandingan Aifa Azman dan Syafiq Kamal dalam acara beregu campuran.

Kejayaan Sivasangari memenangi emas acara wanita individu meneruskan legasi Datuk Nicol David yang memenangi acara berkenaan pada 1998 sebelum tampil dengan empat kemenangan berturut-turut bermula dengan temasua 2006 di Doha, Qatar sehinggalah 2018 di Jakarta, Indonesia.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini