HOME / Jenayah

DADAH | 2 Sindiket Dadah Tumpas

Polis Diraja Malaysia menumpaskan dua sindiket pengedaran dadah dan merampas syabu serta ganja bernilai lebih RM4.5 juta hasil dua serbuan berasingan di Tanah Merah dan Kota Bharu, Kelantan.   Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Razarudin Husain berkata serbuan di Tanah Merah membawa kepada rampasan 100 kilogram syabu manakala 393 kilogram ganja dirampas dalam serbuan di Kota Bharu.