comscore
Tumpuan :
Nasional

Kes Zayn Rayyan: Siasatan hampir 90 peratus, PDRM akan mulakan tangkapan berdasarkan risikan – KPN 

KUALA LUMPUR: Siasatan ke atas kes pembunuhan misteri  Zayn Rayyan Abdul Matiin hampir 90 peratus ketika ini jelas Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husin.

Ujarnya, pihak polis akan memulakan tangkapan berdasarkan risikan serta maklumat yang diterima menerusi siasatan konvensional dan saintifik yang dijalankan sebelum ini.

“Saya nak bagitau di sini berkenaan (kes) adik Zayn Rayyan segala usaha daripada konvensional siasatan daripada saintifik, forensik.

“Sekurang-kurangnya dah hampir 90 peratus kita dah lakukan secara bersungguh sungguh sejak kejadian 6 Disember sehingga malam ini ada mesyuarat dibuat oleh pihak bersama dengan Polis Selangor.

“Walaupun kita melihat data-data laporan forensik belum terima, sebab itu saya cakap melebihi 90 peratus, tapi kita melihat bahawa mungkin siasatan forensik kita itu juga berkesudahan secara negatif.

“Jadi saya dah berbincang dengan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Suhaily, kita sekarang ini ke arah mengumpulkan risikan-risikan untuk kita memulakan tangkapan ke atas suspek-suspek yang kita agak mempunyai lebih 50 peratus keterangan yang berdekatan,”katanya.

Tambahnya, beliau tidak menolak kemungkinan untuk memanggil semula ahli keluarga dan saksi kejadian untuk tujuan itu.

Mengulas mengenai motif sebenar pembunuhan terhadap Allahyarham Zayn Rayyan, jelasnya lagi ia masih dalam siasatan polis.

“Siasatan kes bunuh banyak, sebenarnya kita perlu melihat kepada motif, apakah motif. (Jika) kes bunuh motif pasal dadah, kita tahu. Kalau motif cemburu, kita tahu siapa nak cari.

“Kalau pergaduhan kita tahu siapa nak cari. Tapi setakat ini motif ini sangat penting, kalau kita lihat Allahyarham Zayn Rayyan ini budak 6 tahun cuma dia Autisme dan kita tak tahu apa motif untuk dia dibunuh sedangkan dia kanak-kanak Autisme,”katanya lagi.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada Selasa.

Turut hadir dalam sidang media itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini