comscore
Tumpuan :
Nasional

Belanjawan 2024: Kerajaan azam martabatkan ekonomi rakyat

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Ekonomi rakyat akan terus diangkat dan dimartabat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau berazam menjadikan negara ini dikenali dengan kemudahan peniaga, gerai dan warung yang bersih, indah dan selamat.

“Saya beri jaminan bahawa kebajikan penjaja serta peniaga di pasar-pasar akan terus dipelihara bagi memastikan keselesaan buat mereka dan pengunjung.’ katanya.

Pusat penjaja dan prasarana pasar awam yang uzur di 150 kawasan PBT akan dibaik pulih dan dinaik taraf dengan peruntukan 110 juta ringgit.

Kerajaan turut menyasarkan 10 ribu gerai-gerai dan warungwarung kecil untuk diperindah dan ditingkatkan tahap kebersihan dengan peruntukan 10 juta ringgit.

Selain itu, sebanyak 4,000 unit ruang niaga baharu yang seragam, selesa dan selamat akan dibina di seluruh kawasan PBT dengan peruntukan 50 juta ringgit.

Kerajaan juga turut bersetuju mengecualikan bayaran sewa kiosk bagi 6 bulan pertama untuk rakyat berniaga.

“Agensi MARA, Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan turut menaik taraf kemudahan perniagaan mereka.” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2024 Malaysia Madani di Dewan Rakyat di sini hari ini.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini