comscore
Tumpuan :
Sukan

Hangzhou 2022: Skuasy sumbang emas ke-5 buat Malaysia

HANGZHOU: Kontinjen negara meraih emas kedua sebentar tadi, sekali lagi menerusi acara skuasy menyaksikan emas ke-5 negara hari ini.

Emas ketiga dari skuasy kali ini menerusi perseorangan lelaki Ng Eain Yow yang menewaskan pemain India Saurav Ghosal.

Tewas 9-11 pada set pertama, Eain Yow menyamakan kedudukan 1-1 selepas menamatkan set kedua 11-9.

Set ketiga jelas memperlihatkan penguasaan Eain Yow apabila menang mudah 11-5.

Set keempat,  skrip sama berulang apabila Eain Yow menampilkan penguasaan gelanggang kemas apabila pantas mendahului 5-2.

Meskipun cuba disaingi Saurav, nyata keyakinan Eain Yow kian menebal dan dia menghampiri mata penamat apabila di depan 10-6.

Selepas membiarkan Saurav mencuri satu lagi mata, Eain Yow memastikan emas milik Malaysia apabila menoktahkan set keempat 11-7.

Kejayaaan ini mengulangi kecemerlangan EainYow apabila turut menyumbang emas pada Temasya di Jakarta Palembang 2018 menerusi acara berpasukan lelaki.

Secara keseluruhannya, pasukan skuasy cemerlang mengakhiri kempen di Hangzhou dengan 3 pingat emas, 1 perak dan 1 gangsa.

Tiga pingat emas masing-masing menerusi acara perseorangan lelaki dan wanita dan berpasukan wanita.

Manakala perak menerusi beregu campuran dan gangsa bagi berpasukan lelaki.

Laporan lanjut akan menyusul.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini