HOME / Sukan

LIGA SUPER EROPAH | Pertandingan Lumayan Yang Dikecam Hebat Pecinta Bola Sepak

Liga Super Eropah (ESL) nama ini cukup membuatkan arena bola sepak dunia khasnya Eropah kecoh saat ini.   Ia susulan keputusan 12 kelab gergasi Eropah yang bersepakat membentuk satu pertandingan baharu yang menjana suntikan kewangan yang cukup lumayan berbanding kejohanan sedia ada.   Semestinya ditentang keras UEFA dan FIFA dengan ancaman tindakan paling tegas akan dikenakan kepada kelab dan setiap pemain yang terbabit.   Malah keputusan pemilik-pemilik kelab ini juga dibantah keras beberapa pengurus pasukan, bekas pemain berpengaruh serta peminat setia pasukan yang merasakan mereka dikhianati.