comscore
Tumpuan :
Nasional

Ganjaran RM20,000 tangkap pembunuh Zayn Rayyan

Timbalan Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Selangor, Datuk Seri A Thaiveegan (kanan) bersama Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam. FOTO: NSTP

SHAH ALAM: Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Selangor menawarkan ganjaran RM20,000 kepada pihak yang mempunyai maklumat sehingga tertangkapnya pembunuh kanak-kanak autism, Zayn Rayyan Abdul Matiin.

Timbalan Pengerusi MCPF Selangor, Datuk Seri A Thaiveegan berkata ganjaran itu adalah sebagai salah satu usaha dalam memastikan pembunuh terbabit dapat segera dibawa ke muka pengadilan.

Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6 tahun

“MCPF bersedia tawar ganjaran kepada mana-mana individu berkaitan kes pembunuhan Zyan Rayyan ini. Ganjaran ini akan diberikan menerusi Polis Selangor,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di sini hari ini.

Zayn Rayyan, 6, ditemui dalam keadaan tidak bernyawa di sebuah parit berhampiran kawasan Apartment Idaman, Damansara Damai di Selangor pada jam 10 malam, 6 Disember lalu kira-kira 34 jam selepas dia dilaporkan hilang.

Kematiannya kemudian diklasifikasi sebagai kes bunuh susulan hasil bedah siasat menemukan kecederaan pada leher dan badan kanak-kanak itu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini