comscore
Tumpuan :
Sukan

Hangzhou 2022: Pakistan tambah luka Speedy Tigers

Foto: Hokita / Facebook

HANGZHOU: Kekecewaan dialami pasukan hoki kebangsaan selepas gagal melangkah ke separuh akhir di Sukan Asia nampaknya masih belum dapat diubati.

Barisan bimbingan A. Arulselvaraj itu dikejutkan dengan kekalahan 2-5 kepada Pakistan dalam aksi penentuan tempat yang menyaksikan lawan menduduki posisi kelima sementara mereka keenam keseluruhan.

Muhammad Aminuddin Mohd Zain pada mulanya memberikan Speedy Tigers permulaan baik dengan penyudah pukulan sudut penalti minit (m) kelima.

Foto: Hokita / Facebook

Tetapi anak buah Shahnaz Sheikh perlahan-lahan mengubah nasib mereka dengan menyumbat empat gol bermula pukulan sudut penalti (m-8) oleh Ahmad Arbaz diselangi gol padang Abdul Rehman (m-37), pukulan sudut penalti Abdul Rana (m-51) dan gol keempat pasukan dari gerakan padang Ammad Muhammad (m-53).

Muhammad Razie Abd Rahim cuba membawa rakan sepasukan membuat kebangkitan menerusi gol kedua negara dari pukulan sudut penalti (m-58) tetapi pendekatan menggantikan penjaga gol dengan seorang lagi pemain memakan diri apabila Afraz menghasilkan jaringan kelima Pakistan.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini