comscore
Tumpuan :
Nasional

Belanjawan 2024: Galak penerimaan rakyat terhadap penggunaan kenderaan elektrik (EV)

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan terus melonjak pembangunan industri kenderaan elektrik (EV) tempatan dan menggalakkan penerimaan rakyat terhadap penggunaan EV.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan mengalu-alukan pelaburan melebihi RM170 juta oleh syarikat terkemuka seperti TNB, Gentari dan Tesla Malaysia untuk memasang 180 stesen pengecasan EV.

“Bagi menggalakkan penggunaan motosikal elektrik, kerajaan memperkenalkan Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik kepada rakyat berpendapatan tahunan 120 ribu ke bawah.

“Skim ini akan memberikan rebat sehingga 2,400 ringgit kepada pembeli.

“Kerajaan bercadang melanjutkan pelepasan cukai pendapatan individu sehingga 2,500 ringgit ke atas perbelanjaan kemudahan pengecasan EV untuk tempoh 4 tahun dan potongan cukai bagi kos sewaan EV untuk tempoh 2 tahun lagi.” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2024 Malaysia Madani di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Bagi menyokong keperluan projek LRT3, Prasarana Malaysia Berhad bersetuju untuk memperoleh 150 bas elektrik dan membina 3 depoh bas dengan kos 600 juta ringgit.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini