comscore
Tumpuan :
Sukan

Hangzhou 2022: Skuad hoki lelaki sekadar di tempat ke-6

HANGZHOU: Skuad hoki lelaki negara menamatkan cabaran di Sukan Asia ke-19 di tangga keenam selepas tewas kepada Pakistan pada perlawanan klasifikasi sebentar tadi.

Garang mendahului 1-0 menerusi pukulan sudut penalti Muhammad Aminuddin Mohd Zain, kegembiraan Malaysia tidak lama apabila Pakistan menyamakan kedudukan juga hasil pukulan sudut penalti Ahmad Arbaz.

Suku pertama terikat satu sama dan kedudukan tidak berubah sehingga berakhir babak pertama.

Selepas rehat Pakistan mula menampilkan penguasaan apabila gol padang Abdul Rehman menjadikan kedudukan 2-1 pada minit ke-37.

Suku terakhir terus menyaksikan Malaysia sukar mengekang asakan Pakistan.

Abdul Rana menyempurnakan satu lagi pukulan sudut penalti untuk Pakistan selesa mendahului 3-1 pada minit ke-51,

Diikuti gol keempat Ammad Muhammad dua minit kemudian membolehkan Pakistan mengukuhkan kedudukan 4-1.

Malaysia berjaya merapatkan kedudukan pada minit ke-58 hasil pukulan sudut penalti Muhammad Razie Rahim.

Namun Pakistan menambah satu lagi gol seminit berselang menerusi jaringan padang Afraz Hakeem untuk kemenangan 5-2 Pakistan seterusnya mengesahkan kedudukan ke-5.

Pencapaian hoki lelaki di Hangzhou memang sesuatu yang mengecewakan apatah lagi antara yang menjadi prospek pingat emas negara dan hasrat Malaysia yang memburu tiket automatik ke Sukan Oimpik Paris tahun depan turut terkubur.

Pada edisi ke-18  Sukan Asia di Jakarta Palembang, Malaysia meraih pingat perak apabila tumpas kepada Jepun pada aksi final.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini