comscore
Tumpuan :
Sukan

Hangzhou 2022: Skuad sepak takraw mara ke final antara regu 

Foto FB Persatuan sepak takraw Malaysia

HANGZHOU: Skuad sepak takraw berdepan  Thailand pada penentuan emas antara regu esok selepas menewaskan Filipina 2-0 pada separuh akhir.

Berlangsung di Pusat Sukan Jinshua, Malaysia menampilkan gandingan Syahir Rosdi, Azlan Alias dan Amirul Zazwan.

Nyata Malaysia tidak berdepan masalah besar untuk mencatat kemenangan 2-15 dan 21-11 dalam tempoh 58 minit.

Menentang  Thailand esok inilah peluang buat Malaysia menebus kekecewaan  selepas tewas 0-2 pada aksi final acara berpasukan.

Thailand mara ke perlawanan akhir  antara regu selepas menewaskan Vietnam  2-0 pada satu lagi separuh akhir.

Bagi Malaysia selain mempertahankan pingat emas perlawanan akhir esok penting buat skuad negara membuktikan kejuaraan di Sukan Asia 2018 bukanlah nasib semata-mata selepas Thailand tidak mengambil bahagian dalam acara antara regu.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini