HOME / Sukan

SUKAN SEA VIETNAM | Dua Lagi Emas Diraih Terjun, 6 Keseluruhan Setakat Ini

Lagu negaraku terus berkumandang di Pusat Akuatik My Dinh di Hanoi apabila kontinjen Malaysia meraih dua lagi emas tambahan menerusi acara terjun pada hari ketiga saingan acara lubuk emas itu hari ini. Kali ini emas disumbangkan Wendy Ng Yan Yee yang meraih pingat emas kedua peribadinya di Hanoi menerusi acara 3 meter papan anjal individu wanita. Manakala emas ke enam Malaysia diperoleh hasil terjunan kemas, Jellson Jabillin dan Hanis Nazirul Jaya Surya dalam acara 10 meter platform seirama lelaki. ==================== Dapatkan berita terkini, tepat dan sahih dengan ‘SUBSCRIBE’ YouTube Buletin TV3 IKUTI kami di: Facebook: https://www.facebook.com/BuletinTV3Official/ Twitter: https://twitter.com/BuletinTV3 Instagram: https://www.instagram.com/buletintv3/ Website: https://www.buletintv3.my TikTok: https://www.tiktok.com/@buletintv3 Telegram: https://t.me/BuletinTV3Official #BuletinTV3 #BuletinUtama #BU