comscore
Tumpuan :
Nasional

Belanjawan 2024: 2.6 bilion ringgit bagi menyalurkan pelbagai bentuk subsidi dan insentif kepada pesawah dan nelayan

 

KUALA LUMPUR: Kearah memperhebat usaha menjamin kelangsungan industri agromakanan negara yang lebih mandiri, belanjawan MADANI Kedua menyediakan 2.6 bilion ringgit bagi menyalurkan pelbagai bentuk subsidi dan insentif kepada
pesawah dan nelayan.

Peruntukan ini meningkat 600 juta ringgit ketimbang tahun ini selaras dengan keputusan Kerajaan menaikkan kadar Skim Subsidi Harga Padi daripada 360 ringgit kepada 500 ringgit per metrik tan.

“Saya mendengar rungutan pesawah padi apabila harga belian oleh pengilang telah diturunkan kepada tahap minimum 1,200 ringgit per metrik tan sedangkan sebelum ini harga belian oleh pengilang jauh
lebih tinggi. Kerajaan telah menetapkan harga lantai pada 1,200 ringgit sejak tahun 2014 lagi. Sukacita diumumkan Kerajaan memutuskan untuk meningkatkan harga lantai belian padi kepada 1,300 ringgit per metrik tan demi membantu pendapatan pesawah,’ kata Perdana Menteri.

Kerajaan juga  telah memulakan usaha rintis penanaman padi lima musim dalam tempoh 2 tahun di beberapa kawasan jelapang antaranya di Bota Kiri, Perak; Kangar, Perlis dan Kota Sarang Semut, Kedah. Ini selari dengan usaha untuk menaik taraf
infrastruktur pengairan di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) Perlis dan Kedah bagi meningkatkan pengeluaran padi dengan pelaburan bernilai 3 bilion ringgit.

Kerajaan juga bersetuju untuk meningkatkan peruntukan subsidi padi bukit atau padi huma daripada 40 juta ringgit kepada 50 juta ringgit dan ini antara lain akan dapat meluaskan kawasan penanaman padi bukit daripada 43 ribu hektar.

Untuk manfaat nelayan, kerajaan terus mengekalkan subsidi diesel pada harga terendah iaitu 1 ringgit 65 sen seliter kepada nelayan kelas tertentu dengan kuota 840 juta liter setahun.

Nelayan juga diberikan elaun sara hidup sehingga 300 ringgit sebulan dan Insentif Hasil Tangkapan Nelayan sehingga 1,000 ringgit sebulan.

Keprihatinan Kerajaan terhadap kehidupan nelayan dibuktikan dengan peruntukan  10 juta ringgit untuk tujuan membina baharu dan baik pulih rumah nelayan yang uzur.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini