comscore
Tumpuan :
Sukan

Hangzhou 2022: Malaysia raih emas keenam dari Arif Afifuddin

HANGZHOU: Perjuangan kontinjen negara di hari kedua terakhir Sukan Asia bersemarak semula apabila merangkul pingat emas menerusi karate.

Muhammad Arif Afifuddin Ab Malik yang bertanding dalam acara kumite 84 kilogram (kg) lelaki memastikan Malaysia memiliki emas keenam di temasya ke-19 itu.

Atlet berusia 23 tahun itu menewaskan wakil Kazakhstan Daniyar Yuldashev di peringkat akhir dengan keputusan 10-4 di Linping Sports Centre Gymnasium.

Ia merupakan pingat ketiga disumbangkan kem karate selepas dua kilauan perak diperolehi dari kategori wanita semalam dan kelmarin.

Kejayaan terbaharu itu menyaksikan Malaysia kini mengumpul 32 pingat keseluruhan, merangkumi enam emas, lapan perak dan 18 gangsa.

Sukan Asia 2022 melabuhkan tirainya esok dengan karate menjadi sukan terakhir dilangsungkan.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini