HOME / Jenayah

JENAYAH | 3 Ditahan Bersama Dadah Dan Senapang

Polis Kelantan menahan dua lelaki dan seorang wanita warga asing selepas didapati memiliki selaras senapang dan sejumlah dadah dalam satu serbuan di Kampung Banggol Merbuk, Gual Sitok di Pasir Mas.   Ketua Polis Negeri, Datuk Hasanuddin Hassan berkata pasukan serbuan menahan suspek lelaki berusia 45 tahun dan wanita warga Thailand berusia 30 tahun itu dalam sebuah rumah di kawasan berkenaan.