comscore
Tumpuan :
Nasional

Belanjawan 2024: Cukai minuman bergula dinaikkan daripada 40 sen ke 50 sen

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Kadar duti eksais semasa bagi minuman bergula dinaikkan daripada 40 sen kepada 50 sen seliter.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ucapan Belanjawan 2024 Malaysia Madani di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Ujarnya, hasil duti eksais ini akan disalurkan semula khusus untuk menangani dan merawat penyakit kencing manis termasuk sokongan kepada pusat dialisis.

Selain itu, beliau turut mengumumkan akan mengenakan duti eksais ke atas produk tembakau kunyah pada kadar 5 peratus ditambah RM27 sekilogram, sepertimana duti eksais yang dikenakan ke atas tembakau hidu (snuff).

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini