comscore
Tumpuan :
Nasional

Belanjawan 2024: RM1.1 bilion selesaikan bekalan air di Kelantan, Sabah, Labuan

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Sejumlah RM1.1 bilion disediakan bagi melaksanakan penyelesaian isu bekalan air.

Kerajaan Perpaduan berikrar isu bekalan air bersih harus dinoktahkan terutamanya di Kelantan, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Bagi negeri Kelantan, projek pembinaan Loji Rawatan Air Machang Fasa 1 berkapasiti 250 juta liter sehari akan dilaksanakan bagi meningkatkan rizab bekalan air.

Paip simen asbestos juga diganti bagi mengurangkan kadar kehilangan air serta gangguan bekalan air ekoran paip bocor.

Sementara menunggu projek siap, sewaan lori tangki dan tangki statik akan ditambah bagi memastikan rakyat Kelantan mendapat bekalan air segera ketika berlaku gangguan.

Bagi mengatasi isu bekalan air khususnya di Kota Kinabalu, tumpuan untuk memulih dan menggantikan infrastruktur serta peralatan bagi meningkatkan kapasiti loji rawatan air.

Bagi Wilayah Persekutuan Labuan pula, usaha ditumpukan kepada penggantian paip yang usang serta membaik-pulih infrastruktur air sedia ada.

Kerajaan juga bersetuju memperkenal Program Kampung Angkat Madani.

Program ini memberi tumpuan kepada melengkapkan kemudahan asas, termasuk internet di kawasan desa yang terpinggir.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini