comscore
Tumpuan :
Bencana

[VIDEO] TERKINI: Tragedi Batang Kali: Operasi SAR hari ketiga dihentikan, cuaca tidak mengizinkan

4.45 petang: Kedatangan 4 individu ke pusat operasi SAR tanah runtuh Batang Kali jadi tanda tanya. 


12:55 tengah hari: Operasi pagi tadi berdepan cabaran tanah lembik dan becak susulan hujan lebat semalam. Permukaan runtuhan dengan tanah perkhemahan sedalam 16 meter.


9:47 pagi: Tumpuan operasi mencari dan menyelamat hari ini dilakukan di Sektor A dan Sektor C serta kawasan yang belum digali.


8:35 pagi: Masuk hari ke-4, 9 lagi mangsa tanah runtuh masih belum ditemui. Pagi ini, operasi mencari & menyelamat diteruskan pada jam 8 pagi.


10:54 malam: Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor menemui empat petunjuk baharu yang berkemungkinan ada mayat tertimbus di lokasi tanah runtuh di kawasan tapak perkhemahan di laluan Batang Kali-Genting Highlands di sini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Datuk Norazam Khamis berkata penggunaan radar penembusan tanah (GPR) itu, sangat membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) dalam mengecilkan skop lokasi pencarian di semua sektor.

Bomba temui empat petunjuk baharu


8:40 malam: Operasi SAR dihentikan jam 8.15mlm kerana hujan lebat, dikhuatiri membahayakan petugas di lapangan.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) hari ketiga di kawasan tanah runtuh Jalan Batang Kali – Gohtong di sini, dihentikan buat kali kedua hari ini berikutan cuaca hujan lebat.

Hujan lebat di lokasi, operasi SAR dihentikan jam 8.15 malam

 


5:43 petang: Nama 21 mangsa yang meninggal dunia setakat jam 1 petang tadi. Tiga lagi mangsa yang meninggal dunia sedang dikenal pasti.

Senarai nama mangsa meninggal dunia dan sedang dirawat


5:31 petang: Dua runtuhan cerun dalam 30 minit meranapkan tapak perkhemahan

Jabatan Kerja Raya (JKR) memaklumkan berlaku dua kegagalan cerun dilokasi kejadian tanah runtuh di laluan B66 Seksyen 13.0 Jalan Batang Kali – Genting Highlands dengan sela masa 20 minit hingga 30 minit di antara keduanya.

Tragedi Batang Kali: Dua kegagalan cerun berlaku – JKR


5:39 petang: Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mencemar duli melawat pusat operasi mencari dan menyelamat (SAR) insiden tanah runtuh di Jalan Batang Kali – Gohtong 

Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mencemar duli melawat tapak kejadian tanah runtuh.

4:00 petang: Setakat jam 4 petang, belum ada tanda-tanda penemuan baki 9 lagi mangsa di kawasan tanah runtuh.

Tragedi Batang Kali: Belum ada tanda-tanda baki 9 mangsa ditemui setakat ini

Foto: NSTP
Foto: NSTP

1:30 tengah hari: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) sembilan lagi mangsa dalam tragedi tanah runtuh di Batang Kali di sini, diteruskan dengan penggunaan Ground Penetrating Radar untuk mengesan mangsa yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Batang Kali .

Tragedi Batang Kali: Ground Penetrating Radar untuk kesan mangsa, boleh tembus tanah 5m

 


12:43 tengah hari:  Polis sudah merakam keterangan tiga individu termasuk pengusaha tapak perkhemahan Father’s Organic Farm yang menjadi lokasi tanah runtuh di Jalan Batang Kali-Gohtong, di sini, semalam.

Tragedi Batang Kali: Pengusaha tapak perkhemahan, 2 pekerja dirakam keterangan


12:36 tengah hari: Sebanyak 15 mayat mangsa kejadian tanah runtuh di Jalan Batang Kali- Gohtong di sini sudah dituntut oleh waris masing-masing semalam untuk proses pengebumian.

Tragedi Batang Kali: 15 termasuk 5 mayat kanak-kanak mangsa tanah runtuh sudah dituntut waris

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah, dan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis, pada sidang media operasi mencari dan menyelamat kejadian tanah runtuh di Father Organic Farm, Jalan Genting, Batang Kali. – FOTO: NSTP

 


11:13 pagi: Mayat ke-17 mangsa dalam tragedi tanah runtuh di Batang Kali telah dituntut waris untuk proses pengebumian, selepas proses bedah siasat selesai pagi ini.

Tragedi Batang Kali: Mayat ke-17 selesai dibedah siasat


9:00 pagi: Misi Mencari dan Menyelamat (SAR) mangsa yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan di Father’s Organic Farm di Batang Kali, Selangor disambung semula jam 9 pagi setelah dihentikan jam 4 pagi tadi.

Ketua Polis daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah berkata, misi diteruskan seperti dirancang biarpun dalam keadaan hujan.

Tragedi Batang Kali: Operasi SAR sembilan mangsa tanah runtuh masuk hari ke-3


9.52 malam: Operasi SAR akan diteruskan lagi malam ini.

Misi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa yang tertimbus dalam runtuhan cerun di tapak perkhemahan di Father’s Organic Farm di sini, diteruskan sehingga jam 4 pagi ini.

Tragedi Batang Kali: Operasi SAR diteruskan hingga 4 pagi ini.

Foto Ihsan Facebook JBPM

8.43 malam: Lokasi kejadian dilaporkan mengalami hujan lebat. Status operasi SAR tidak dapat disahkan ketika ini.


8.17 malam: Proses bedah siasat mayat mangsa tragedi masih dijalankan

Waris & ahli keluarga mangsa masih menunggu di Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh


8.11 malam: Perkembangan terkini tragedi tanah runtuh di Batang Kali, Selangor


6.59 petang: Mayat kanak-kanak perempuan telah dibawa ke Hospital Sungai Buloh.


5.54 petang: Mayat kanak-kanak perempuan terbabit telah dibawa keluar oleh kenderaan polis jam 5:54 petang tadi.


5.00 petang: Mayat seorang kanak-kanak wanita ditemui, menjadikan jumlah mangsa terkorban sebanyak 24 orang.

 


3.00 petang: Sebuah trak polis dipercayai membawa mayat mangsa terbaharu tanah runtuh Batang Kali memasuki perkarangan Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh.


1:52 petang : Dua lagi mangsa ditemukan di tapak perkhemahan di Gohtong Jaya, Batang Kali.

Mayat seorang wanita dewasa dan kanak-kanak itu dibawa ke hospital.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Selangor Datuk Norazam Khamis memberitahu pencarian 10 mangsa lagi diteruskan.


1:50 petang: Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) mengeluarkan senarai nama mangsa-mangsa yang meninggal dunia yang dikenal pasti sehingga jam 7 pagi, 17 Disember 2022.

Tragedi Batang Kali: Identiti 6 mangsa maut dikenal pasti


1.02 tengah hari: Kerja-kerja membawa naik mayat mangsa yang baharu ditemui.


12:00 tengah hari: Waris mangsa tanah runtuh hadir untuk membuat pengecaman di Unit Forensik, Hospital Sungai Buloh

Tragedi Batang Kali : NGO beri sokongan emosi, keperluan asas waris 

Suasana pilu menyelubungi Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh.

11:30 pagi: Sidang media Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Selangor Datuk Norazam Khamis mengenai situasi terkini.

Beliau memberitahu aliran air bawah tanah masih aktif.


10:25 pagi: Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah mencemar duli meninjau tapak lokasi tragedi tanah runtuh tapak perkhemahan di Batang Kali.


10:10 pagi: 3 keluarga mangsa tanah runtuh Batang Kali berada di Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh untuk membuat pengecaman.


10:02 pagi: Menteri KBS, Hannah Yeoh tiba di Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh untuk melawat salah seorang ahli DAP yang kehilangan isteri dalam tragedi Batang Kali.


9:30 pagi: 21 mayat mangsa tragedi tanah runtuh sudah dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh untuk dibedah siasat.

Tragedi Batang Kali : 21 mayat sudah dibawa ke Hospital Sungai Buloh


7.30 pagi : Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa runtuhan tanah di tapak perkhemahan Fathers’ Organic Farm, Gohtong Jaya di sini akan disambung semula jam 8 pagi ini.

Setakat ini, 21 disahkan maut, manakala 12  masih  hilang  daripada keseluruhan 94 mangsa dalam kejadian itu.

Tragedi Batang Kali : Operasi mencari disambung jam 8 pagi ini


11.00 malam: Lokasi bencana dilaporkan hujan ketika ini. Operasi SAR masih diteruskan.


10.24 malam: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan sidang media berkaitan tragedi tanah runtuh di Batang Kali, Selangor.

Kerajaan memberi sumbangan RM10,000 untuk setiap mangsa yang meninggal dunia dalam runtuhan tanah di Batang Kali, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim

[VIDEO] Kerajaan salur RM10,000 untuk keluarga mangsa maut – Perdana Menteri

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, meninjau lokasi kejadian tanah runtuh di Father Organic Farm, Jalan Genting, Batang Kali. – NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali

9.51 malam: Pencarian 12 lagi mangsa insiden tanah runtuh diteruskan.

Tragedi Batang Kali : Usaha kesan 12 lagi mangsa diteruskan


9.47 malam: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di lokasi.


9.42 malam: Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari tiba di lokasi 


9.20 malam: Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil tiba di lokasi 


8.32 malam: Keluarga atau waris mangsa insiden tanah runtuh di tapak perkhemahan di Batang Kali diminta menghubungi pegawai di Ibu Pejabat Polis Hulu Selangor.

Tragedi Batang Kali : Waris mangsa diminta hubungi polis


8.14 malam: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengumumkan bantuan kepada semua mangsa runtuhan tanah di Jalan Batang Kali-Gohtong Jaya.

PM umum bantuan kepada mangsa tanah runtuh


7.00 malam: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata jumlah mangsa di tapak perkhemahan adalah 94 orang.

Ahmad Zahid bercakap kepada media selepas meninjau lokasi kejadian tanah runtuh di Father Organic Farm, Jalan Genting- Goh Tong, Batang Kali. – Foto NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali

6.59 petang: Operasi SAR diteruskan 24 jam, tumpu 2 sektor

Tragedi Batang Kali: Operasi SAR diteruskan 24 jam, tumpu 2 sektor


6.39 petang: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di lokasi

Beliau hadir bagi meninjau perkembangan tragedi tanah runtuh yang meragut nyawa, termasuk kanak-kanak.


6.18 petang: 21 mangsa disahkan meninggal dunia, 12 mangsa masih hilang

Operasi mencari dan menyelamat mangsa masih giat dijalankan – JBPM


6.05 petang: Kenderaan yang membawa Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dilihat melalui sekatan jalanraya Jalan Genting – Batang Kali.


5.30 petang: Perkembangan terkini di lokasi


5.00 petang: 18 mangsa disahkan meninggal dunia

4 kanak-kanak, 14 dewasa disahkan meninggal dunia.

Pencarian 15 lagi mangsa masih berjalan.

Tragedi Batang Kali: Angka kematian meningkat kepada 18

Anggota bomba membawa keluar mayat yang terlibat dalam kejadian tanah runtuh berhampiran tapak perkhemahan Father Organic Farm Jalan Genting, Batang Kali. – FOTO: Aswadi Alias

4.30 petang: 11 mayat mangsa telah berada di unit forensik Hospital Sungai Buloh

Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata 11 mayat mangsa tragedi tanah runtuh di Batang Kali awal pagi tadi telah berada di unit forensik Hospital Sungai Buloh (HSB). Lima mayat lagi masih dalam perjalanan ke HSB untuk proses SOP COVID-19, pengecaman dan bedah siasat.


4.00 petang: 17 mangsa masih hilang


3.58 petang: 2 kawasan ramai mangsa tertimbus tumpuan pasukan penyelamat

Tragedi Batang Kali :  2 kawasan ramai mangsa tertimbus tumpuan pasukan penyelamat


3.30 petang: Nik Nazmi tidak tolak kemungkinan runtuhan susulan

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Nik Nazmi Nik Ahmad tidak menolak kemungkinan berlaku runtuhan susulan di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Batang Kali.

eliau sudah arahkan Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) mengenal pasti kawasan zon bahaya dan kawalan bagi membantu pasukan penyelamat mencari mangsa yang masih hilang.


3.10 petang: Kerajaan ucap takziah

Tragedi Batang Kali: Kerajaan ucap takziah


2.57 petang: Kandungan air tinggi dalam tanah punca cerun runtuh

[VIDEO] Tragedi Batang Kali: Kandungan air tinggi dalam tanah punca cerun runtuh

FOTO: Saifuddin Nasution Ismail / Facebook

2.42 petang: Tapak perkhemahan beroperasi secara haram sejak 2020

Tiga tapak perkhemahan yang terbabit dalam kejadian runtuhan cerun di Jalan Batang Kali-Goh Tong dikenal pasti beroperasi secara haram sejak 2020.

[VIDEO] Tragedi Batang Kali: Tapak perkhemahan beroperasi secara haram sejak 2020


2.38 petang: 51 dewasa, 30 kanak-kanak mendaftar untuk berkhemah

51 individu dewasa dan 30 kanak-kanak mendaftar untuk bermalam di tapak perkhemahan ​​​​di ​Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya, Batang Kali, yang mengalami tanah runtuh, awal pagi tadi.

Perkara itu dinyatakan individu bertanggungjawab di tapak perkhemahan terbabit yang hanya ingin dikenali sebagai Chang.

Tragedi Batang Kali : 51 dewasa, 30 kanak-kanak mendaftar untuk berkhemah


2.15 petang: JKM sediakan kaunselor tenangkan mangsa

[VIDEO] Tragedi Batang Kali: JKM sediakan kaunselor tenangkan mangsa 


2.13 petang: Semua aktiviti perkhemahan di Batang Kali diarah dihentikan serta-merta

3 kanak-kanak disahkan antara korban tanah runtuh di tapak perkhemahan berhampiran ladang organik, Father’s Organic Farm, di Gohtong Jaya awal pagi tadi.

Tujuh lagi adalah wanita dan 2 lelaki.

Tragedi Batang Kali: 3 kanak-kanak antara korban tanah runtuh

FOTO : NSTP

1.36 tengah hari: Kegagalan cerun punca runtuhan tanah

Runtuhan itu membabitkan keluasan keseluruhan 225,000 meter padu (m³) dengan anggaran tanah runtuh 500,000 tan dan ketinggian 30 meter (m).

Jarak runtuhan pula sejauh 150m dan lebar 100m.


1.18 tengah hari: Semua aktiviti perkhemahan di Batang Kali diarah dihentikan serta-merta

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution mengarahkan aktiviti perkhemahan di kawasan Batang Kali dihentikan serta merta.


1.00 tengah hari: 5 lagi mayat ditemui menjadikan jumlah maut sebanyak 16 orang setakat ini

Lima lagi mayat ditemui setakat jam 1 tengahari tadi dalam kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan berhampiran sebuah ladang organik di Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya..

60 mangsa telah dibawa keluar dari tempat kejadian.


12.39 tengah hari: KPDN beri bantuan sukarelawan, makanan

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menawarkan bantuan sukarelawan dan makanan kepada pasukan penyelamat.

“Kita berdoa semoga pasukan penyelamat akan dapat menjalankan tugas mereka dan mudah-mudahan mereka yang terperangkap akan dapat diselamatkan,” kata Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub.

12.22 tengah hari: 13 mangsa maut setakat ini, sebahagian besar cedera

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa, berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Sungai Buloh dan ada yang masih di lokasi kejadian.

“Kita akan berkoordinasi dengan Hospital Kuala Lumpur (HKL) khususnya kerana HKL ada kapasiti yang lebih besar,” katanya.

Tujuh mangsa yang cedera sedang dirawat di hospital, termasuk tiga di Hospital Selayang, tiga di Hospital Kuala Kubu Baru dan seorang di HKL.

FOTO: Saifuddin Nasution Ismail / Facebook

12.06 tengah hari: Lebih 20 guru SJKC Mun Choong dan keluarga antara mangsa

Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SJKC Mun Choong, U Chin Ong, berkata berdasarkan maklumat  diterimanya setakat ini, beberapa guru yang berjaya diselamatkan pihak berkuasa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menerima rawatan.

Antara mangsa terselamat dalam kejadian tanah runtuh di Father’s Organic Farm di Batang Kali yang ditempatkan di Balai Polis Ulu Yam Bahru. – FOTO: NSTP/MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI.


11.15 pagi: Orang ramai dinasihat guna laluan alternatif – KKR

KKR menasihatkan pengguna jalan raya menggunakan laluan alternatif membabitkan Jalan Batang Kali – Jalan Ulu Yam Batu Caves – Gombak – Lebuh Raya Karak – Genting Highland.


11.33 pagi: ‘Bunyi letupan kuat dan bumi seolah-olah bergerak’ – mangsa

Tragedi Batang Kali: ‘Bunyi seperti letupan kuat, bumi bergerak pantas’ – mangsa


11.15 pagi: Budak 5 tahun antara 9 maut, 25 masih terperangkap

Ketua Polis daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah, berkata jumlah kematian terkini itu direkodkan sehingga jam 11 pagi tadi.

Usaha mengesan baki 25 lagi mangsa yang hilang masih giat dilakukan.


10.16 pagi: PM arah misi menyelamat secara rapi, sistematik.

Tragedi Batang Kali: PM arah misi menyelamat secara rapi, sistematik

 


10.16 pagi: Jumlah mangsa maut dilapor meningkat kepada 8 orang, 7 cedera.

53 mangsa lain ditemui selamat.


10.10 pagi: PM, TPM, beberapa menteri akan turun ke kawasan tanah runtuh

Tragedi Batang Kali : PM, TPM, beberapa menteri akan turun ke kawasan tanah runtuh


8.52 pagi: Dua mangsa disahkan meninggal dunia, 3 cedera.

Seramai 79 mangsa telah ditemui manakala 51 masih hilang.

Tragedi Batang Kali: Seorang wanita, seorang kanak-kanak lelaki disahkan maut


7.44 pagi: 37 berjaya diselamatkan, operasi cari mangsa diteruskan

Antara mangsa yang terselamat di Balai Polis Ulu Yam Bahru. – Foto NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali

7.15 pagi: Lebih 60 orang dikhuatiri tertimbus dalam kejadian tanah runtuh tapak perkhemahan di Batang Kali

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis, kira-kira 100 orang berada di tapak perkhemahan berkenaan.

Tanah runtuh di tapak perkhemahan, lebih 60 dikhuatiri terperangkap

 

Loading...
Terkini